RSS

Anda Perlu Tahu

Tahukah anda,
 
Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahwa kucing tersebut adalah betina!
Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti kucing tersebut adalah mandul!
Justru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!

 
Penjelasan Sains Tentang Bulu Kucing
Kucing, ataupun kita manusia, ataupun apapun yang hidup di dunia ini, adalah tersusun dari susunan-susunan bentuk DNA dalam diri masing-masing. DNA adalah dianalogikan seperti blueprint, yang mengandungi arahan, maklumat, kode-kode, rahsia-rahasia dan sebagainya yang menentukan sesuatu organisma individu tersebut. Rahasia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi, terdapat berbillion-billion kode-kode tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut ter-enkripsi dalam DNA kita!
DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom. Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma. Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma. Manusia, contohnya, mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan). Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu. Setiap kromosom mempunyai antara 1000-5000 gens. Gen adalah jujukan beberapa DNA yang menentukan satu ciri dalam badan kita. Satu gen, boleh dibentuk sehingga menjangkaui 50,000 molekul DNA! Maka, bayangkanlah betapa banyak molekul DNA yang membentuk diri kita!
Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas yaitu Kromosom X dan Kromosom Y. Seperti yang saya katakan, kromosom adalah dalam bentuk berpasangan. Pasangan antara X dan Y menentukan jantina kita. Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan. Dan jika XY, maka ianya adalah lelaki.
“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antara apa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui”.
(Surah Yaasin: 36)
Untuk mempersingkat cerita, kita lihat contoh pada kucing. Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing, adalah warna bulu kucing, dan ciri ini ditentukan oleh kromosom X. Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucing yang dikawal oleh allel dalam kromosom X, yaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo). Allel adalah ciri-ciri yg disandarkan pada sepasang gen dalam kromosom.
Analoginya begini. Warna asal kucing adalah putih (tiada warna).XO adalah “cat” berwarna cerah(oren). Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang). Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna!
Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warna, atau yang biasa disebut sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”, kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel yaitu XO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak. Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut, kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X! Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, yaitu XX!
http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/naadherah/aaa350px-tortie-flame.jpg
Kucing Jantan 3 Warna?
Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu? Dari mana datangnya?
Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah gentik yang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome. Klinefelter Syndrome berlaku apabila kromosom yang menentukan jantina seseorang (seseekor?), yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga yaitu lebih satu kromosom X.
Seperti yang kita ketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY. Manakala perempuan/betina pula, adalah XX. Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY. Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan (kerana kehadiran kromosom Y), tetapi adalah mandul (infertile)! Justeru, kucing jantan yang mempunyai 3 warna (kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna), pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan justeru itu, mandul!
Bagaimana pula sekiranya anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya”? Hehe.
Kucing Chimera?
Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, yaitu dipanggil Chimera. Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi, yaitu 2 zygote disenyawakan secara serentak, malah bergabung menjadi satu embryo ketika proses pembentukan di dalam uterus ibu!
Fenomena 2 zygote disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa. Contoh paling mudah, kembar tidak serupa. Kembar tidak serupa adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, membentuk 2 zygote. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.
Jadi, apa itu chimera? Bayangkan, 2 zygote kembar tidak seiras ini, mempunyai jantina yang sama, bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterus, menjadi satu! Chimera tersangatlah jarang terjadi, hanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkan sepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.
Begitulah juga dengan kucing chimera. Asalnya dari 2 zygote yang sama jantina tetapi berlainan warna, kemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing - jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar